Sunday, December 25, 2011

We just need support !

Assalamualaikum . Sebelum apa apa , saya nak cakap yang ini pendapat saya okay ? Hmm , seringkali saya terbaca orang cakap wanita bertudung ni , pakai tudung sebab fashion ? Hmmm betul ke?


Mungkin orang rasa betul sampai mempertikaikan solat kami ! Siapa awak nak mempertikaikan solat kami ? Solat itu hanya diantara kami dan Allah . Dan kalau sekalipun , ada diatara kami , wanita berhijab ni berhijab kerana fashion , mungkin daripada situ dia akan sedar tentang kelebihan hijab itu sendiri . Hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai cara . Jadi kita sebagai hamba , Umat yang biasa kita tak tahu , dan tak berhak sibuk apatah lagi mempertikai! Apa salahnya daripada mempertikai , kita doakan agar dia akan berhijab sehingga ke akhir hayat dia . Kan lebih baik begitu ?

Saya tak tahulah , kenapa bila tang tudung je macam macam orang bangkitkan . Tapi cuba tengok mereka yang tak betudung tu . Tolong celik sikit mata . Nampak lurah orang comment "awesome" wah wah . Ada kami ni wnita berhijab cakap macam-macam ke ? Ada kami tanya , "hang pakai lagu ni , Allah terima ke solat?" Ada ? sebab kami tahu , amalan setiap umat manusia tu , hanya antara dia dengan Allah . Hanya dia dan Penciptanya .

Ye memang saya terjentik hati bila baca orang yang tidak berhijab kata macam macam dekat orang yang berhijab , sebab saya rasa macam tak adil awak cakap mcmtu . Jangan dicerca orang yang kejap berhijab , kejap tak tu . Sebab , dalam meletakkan diri kearah sesuatu perubahan , kadang kala kita mungkin tenggelam . Saya sendiri akui kadang kala saya tenggelam juga , tapi hanya satu je boleh kuatkan saya , IMAN ! sebelum saya berhijab , terus terang saya katakan yang saya sangat respect orang bertudung ni . Sebab , diorang ni kuat sangat tempuh macam macam di muka bumi ni walaupun banyak rintangan yang diorang kena lalui . Allahuakbar , teguh sungguh iman mereka .

Saya bertudung , sebab saya bersyukur kepada Allah . Saya rasa dengan penghijrahan saya ni , saya dapat menunjukkan kesyukuran saya kepada Allah . Saya bersyukur . Dulu hidup saya sekeluarga sangat susah . Nak makan pun ibu saya kena kerja keras , tapi kuasa Allah , siapa yang tahu , Dia telah mengubah hidup keluarga saya . Dan Alhamdulillah , hidup kami lebih sempurna berbanding dulu . Dan itu yang membuatkan saya meletakkan diri saya lebih dekat dengan Allah . Saya sendiri tak tahu , yang solat saya sempurna ke tak , hijab saya sempurna ke tak , tapi saya berdoa agar ianya sempurna dan diterima oleh Allah .

Dalam masa yang sama , saya rasa wanita berhijab ni perlu sokongan daripada semua orang . Semua pihak kena bertoleransi dengan kami . Sebanyak mana peluang yang anda berikan pada mereka yang tidak berhijab , berikan juga ia kepada kami . Ada diantara orang kat luar sana cakap , "kami tak ambil wanita bertudung kerja kat sini" hmmm kenapa ye? Awak rasa bila wanita bertudung kerja dekat situ orang tak masuk ? Nanti rugi ? Allahuakbar . Tengok , betapa kerdilnya kemunculan wanita berhijab ni dimata umum . Berikan ruang kepada kami . Pada saya lah , peluang yang diberikan kepada mereka yang tidak berhijab sudah terlalu banyak ! Berilah ruang , serta sokongan buat kami . Itu sahaja . Dan doakan yang terbaik .

Dugaan orang yang ingin berubah adalah apabila kita dilempar ejekan oleh orang lain, yang mengungkit kisah silam dan meremahkan perubahan kita seperti "tak lama tu". Anggaplah ianya cuma dugaan kecil sahaja yang diberi Allah kepada kita. -Wardina Saffiyah-



Kepada mereka yang berhijab , teruskan berhijab . Saya doakan awak semua akan terus berhijab dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya . InsyaAllah .

Dan kepada kaliann yang sering mempertikai, cukup , cukuplah mempertikaikan sebab kami bertudung . Cukuplah . Mengapa perlu dipertikaikan lagi ? Daripada hangpa dok sibuk sibuk pertikaikan , lebih baik doakan supaya kami akan terus bertudung . Antara doa yang dimakbulkan , ialah doa rakan - rakan . Berdoalah yang terbaik untuk rakan rakan anda yang berhijab , kerana saya percaya , mereka juga akan mendoakan yang terbaik buat anda juga .

Kepada mereka yang tidak berhijab tetapi mendoakan kebaikan buat kami , saya doakan supaya satu hari anda akan mendapat Hidayah untuk berhijab . Amin :)

JazakaAllah ! take care . Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment