Assalamualaikum .
Ramai yang kata , bercinta semakin lama akan semakin sweet . Mengapa tidak terjadi pada saya ? Kalau dulu hari hari saya hadir dengan begitu warna warni tapi mengapa kebelakangan ini segalanya suram sahaja ? Pudar .
Pernah saya mencari jawapan dalam diri saya , maaf saya tidak menjumpai jawapanya . Sungguh saya tak letakkan kesalahan pada siapapun namun saya cumalah manusia biasa yang tak lepas dari menuduh . Mungkin saya terlalu sayangkan diri saya sehingga menganggap bahawa segala yang benar adalah dipihak saya .
Saya selalu cuba untuk puaskan hati semua orang disekeliling saya , tapi saya tak mampu . Setiap hari saya cuba untuk baca kembali message diantara kita bermula dari tarikh 26.08.2011 . Saya masih simpan semua pesanan dia . Tak pernah satu pun saya delete .
Ada kah saya kurang prihatin tentang perasaan awak ? Jika Ya Maaf . Ada yang berkata , suara kekasih itu pengubat dan mampu buat kita tersenyum sebenarnya . Benarkah ? Benarkah sayang ? Ya Allah , berikan saya kekuatan .
Sungguh saya tak harap apa apa . Dan tak mahu berharap lagi . Go With The Flow . Ye , itu yang saya akan lakukan . Saya rindu . Rindu sangat . Saya rindu saat ceria saya dengan dia . Tapi dengan usaha saya seorang diri sahaja untuk kembalikan ceria tu takkan mungkin berlaku .

"Kisah cinta kita umpama baju yang dulunya terang , kin hari makin pudar warnanya dimamah waktu...."
No comments:
Post a Comment