Cerita pasal kekuatan , ketabahan , saya sebak . Hilang pertimbangan diri . Saya mula sedar yang diri saya tidak lah sekuat serta setabah yang orang sangkakan . Namun saya bersyukur , kerana saya masih lagi bernafas .
Awak ,
Sekuat mana saya jerit bahawa saya akan lupakan awak , ketahuilah bahawasanya saya berbohong . Saya terpaksa berbohong untuk sedapkan hati saya sendiri . Sejauh mana saya bawa kaki saya melangkah , ketahuilah , pasti ada awak disebalik setiap perjalanan saya . Dan sekerap mana pun saya tersenyum , ketahuilah awak penyebab mengapa saya tersenyum .
Awak , Si busuk saya yang suka bangun lewat .
Saya bukan tak pernah cuba nak lupakan . Banyak kali saya cuba . Tapi saya tak mampu . Saya cuba tanam dalam diri saya yang awak bukan milik saya tapi saya gagal . Lemah sangat . Akhirnya saya mengalah lagi .
Awak , saya tak kisah lagi dah tentang perasaan saya . Pada saya semuanya dah mati . Mati ditelan waktu . Masa berdetik pantas , meninggalkan segala kenangan manis . Sorry saya terlalu sebak .
Walaupun saya terlalu sedih , tapi saya sedar Allah selalu ada dengan saya . Saya takkan pernah putus berdoa dekat Allah untuk mintak yang terbaik untuk saya . Tapi say mohon , tolong jangan ignore saya . Bukan hati saya je mati , diri saya pun boleh mati sekali awak . Saya percaya , sabar itu ajaib . Sebab tu , Sabar itu sebahagian daripada iman . Permainan cinta , kasih , sayang , rindu amat memeritkan bila diimbas kembali .
Percaturan hidup yang Allah aturkan kadang kala buat saya takut untuk membawa kaki saya melangkah ke hadapan . Namus saya sedar , sesungguhnya Allah akan menjanjikan yang terbaik buat hambanya yang sentiasa berdoa serta berada dijalanNya . Namun doa untuk jodoh saya masih sama . Biarlah dia . Lelaki keempat dalam hidup saya selepas , Abah , Daddy , Adam ( adik saya ) . Biarlah awak .
Mungkin saya takkan mampu untuk melakukan apa apa . Namun , Doa adalah senjata mukmin yang paling mujarab . Doa saya takkan pernah putus . Takkan pernah putus . Mohon Allah berikan saya kekuatan untuk terus melangkah ke masa akan datang .
No comments:
Post a Comment