Wednesday, May 16, 2012

Episod Baru Kehidupan .



Assalamualaikum .

Saya excited ? Terlalu . Esok , bermulah episod baru dalam kehidupan . Sebak/teruja/sedih macam macam perasan bercampur baur . Terkilan of course ada . Kadang kala , bila toleh balik kebelakang , saya rasa macam 16 tahun tu berlalu sia sia sahaja , tiada selitan iman mahupun ilmu . Segalanya umpama terselit 1001 kebahagiaan dunia yang tidak menjamin syurga-Nya .


Banyak yang saya harapkan keatas episod baru hidup saya yang bakal menjelma dalam beberapa jam lagi . Bab 17 dalam kehidupan . Terdapatkah perubahan yang kekal ? Berbezakah saya ? berhijrah kah saya ? Paling penting , berimankah saya ? Persoalan ini kerap bermain diminda saya .

Tiada apa yang dapat saya minta/pohon/idamkan untuk episod kehidupan saya yang baru selain daripada Allah murahkan rezeki saya , panjangkan umur saya , selamatkan saya daripada kekejaman dunia , lindungi hati saya , kurniakan saya kejayaan , tabahkan hati saya , kuatkan diri saya dan sentiasa tetap dijalan-Nya . Saya doa , agar Allah kurniakan saya Episod kehidupan baru yang indah plotnya , manis untuk dikongsi dan pahit untuk dibuang .


Perelokanlah diri serta akidah saya .


Semoga , episod baru kehidupan saya dapat membuka mata kawan-kawan serta mereka yang mengenali saya menyenangi kehadiran saya disekeliling mereka . Semoga Allah merahmati saya dan kehidupan saya . Semoga saya kekal begini selamanya . Semoga kepercayaan saya terhadap Allah tidak luntur dan Iman saya tidak akan serong daripada paksi agama saya , Islam . Dan tuhan saya , Allah S.W.T .

Selamat ulang tahun buat diri saya sendiri . Ucapkan syukur pada pencipta saya , Allah . Alhamdulillah Ya Allah . Alhamdulillah .

No comments:

Post a Comment