Hi olls . Harini hari ke 8 selepas SPM habis dan aku masih duduk kat rumah . What to do ? Aku dah mintak kerja kat Sushi King dekat KFC , dua-dua manager kata "dalam seminggu I akan call" bla bla bla dah seminggu dah tunggu ni . Satu call pun tak dapat .
Aku tak patah hati jauh lagi nak frust . Tapi iyelah , teruk sangat ke keputusan exam aku sampai nak kerja macam tu pun tak dapat ? Kata nak pakai orang sangat tapi perlu ke nak kena tunggu sampai berminggu-minggu baru nak call? kata nak pakai staff . Aku berkobar-kobar nak bangun pagi pergi kerja . Yela sebab masih baru aku habis sekolah , so nanti bila dah lama-lama aku takut la liat ke apa ke .
Ada diantara kawan-kawan aku dah dapat kerja dah ..... aku masih lagi tunggu. Sampai masa aku tulis blog ni pun aku masih tunggu . Korang tau dari last week aku dok usung phone kehulu kehilir , takut manager call tak dengar , but still takde . Sambil tulis , aku jeling-jeling jugak phone .
Tapi kalau sampai malam ni aku tunggu tapi tetap tak ada , its okay , esok aku akan keluar pagi-pagi jalan dari Bandar Baru sampai Pekan Kampar . Aku akan cari kerja kat merata tempat !
Tahniah untuk kawan-kawan yang dah dapat kerja . Kerja elok elok !
bye guys !
No comments:
Post a Comment