Monday, December 19, 2011

Into Ze Mirror

Bismilahirrahmanirahim . Assalamualaikum .

Saya nak cerita ni . Bukan cerita kak Limah , tapi cerita pasal perempuan . hehe

----> Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.

Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.

Seorang penyair berkata:

"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."

Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.

Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.

Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.

"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)

"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)

Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.

Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.

Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.

Sudahkah anda berhijab?

Kebenaran hanya milik Allah.

Saya dapat Artikel ni dari Iluvislam.com :) saya sudah berhijab . Anda bagaimana pula ? Saya tahu , mungkin cara saya berhijab tu masih tak betul , Tapi InsyaAllah , saya akan cuba yang terbaik lagi . Tak salah kan kalau kita mencuba ? Saya akan mencuba untuk menjadi seorang yang baik . .

Dan saya jugak tahu , ada diantara mereka di luar sana berkata buruk tentang saya , tidak mengapa :) Sebagai Umat Muhammad , saya bersabar . Kerana sabar itu sebahagian daripada iman :)

"Jika engkau dipandang hina oleh manusia, biarkanlah.. tetapi janganlah engkau biarkan dirimu hina disisi Allah.. andai engkau merasa sakit dgn kelakuan mereka itu, bersabarlah.. sesungguhnya Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.. dan ingatlah, orang yg paling tinggi disisi Allah itu adalah org yang paling bertaqwa.."

Till then , tata :)

No comments:

Post a Comment