Wednesday, December 14, 2011

Salah Daku Kah ?

*Batuk Kecil* Assalamualaikum Warahmatullah .

Diam sekejap please . Diam diam . Listen to me . Saya nak cakap benda yang serious . Sangat serious .

Berapa kali saya nak kena pesan , jaga hati orang , jangan buat sampai orang benci kita kaw kaw ? Berapa kali saya nak pesan jaga perasaan orang lain ? Dan berapa kali saya nak ingatkan yang dalam dunia ni bukan kita yang paling bagus ? Berapeww kali ye nak saya bold kan segala galanya ? :O

Satu soalan je saya nak nak tanya ; Selama ni , awak dengar ke tak apa yang saya pesan ? Masuk telinga ke tak ? Otak tu faham tak ? Atau cuma masuk kanan keluar kiri ? Susah payah saya pesan semua tu secara ikhlas tapi awak hampakan saya .

Fuck off .

Sorry for my bad words .

Dulu , masa awak sedih , hari - hari saya teman awak . Awak cakap , awak nak teman . . Saya kenalkan . Dan masatu awak beriya iya cakap dengan saya yang jangan pass that boy dekat siapa pun , sebab awak nak dia . Saya happy tengok awak happy . Saya turutkan apa awak cakap . Dalam masa yang sama , saya tengok kesungguhan si teruna dalam melayan awak . MasyaAllah penuh dengan kesabaran . Saya rasa ex boyfriend awak yang awak agungkan tu tak sebaik dia pun . Tapi sayang , akibat sejarah lama serta perangai buruk awak tu , buat awak buta hati!

Lelaki mana yang tak cemburu bila orang yang dia suka kerap memainkan nama bekas kekasih dia dibibir ?

Hari demi hari saya tengok awak dah mula berubah . Tapi si lelaki tak putus asa . Kerap dia tanya saya pasal awak . Saya tengok je sikap awak . . Hmh , awak dah mula kata dia "penyibuk " , "semak" and so on . Dia datang dari jauh untuk awak . Tapi sikit pun awak tak hargai kedatangan dia . Dan hati saya , meluap lagi . Kesal .

Awak jumpa dia . Dalam masa yang sama dia juga menginginkan kehadiran awak . Sekejap je awak dengan dia . Lepastu , saya dapat tau awak memaksa dia . Hmm . Itu bukan apa yang saya bayangkan tentang perangai kawan kawan saya . Bukan sama sekali .

Dan saya lihat tweetcon awak . Wah ada kumbang baru . Kenapa saya tak diberitahu ?

Dan pada malam itu , saya terbaca status awak dan status mereka . Hmm . Awak dalam masalah ? Awak cari saya ? Maaf . Saya tak nak ambil tahu lagi .

Kawan , apa erti sayang ? Apa erti kasih ? Selama ni saya diamkan je apa yang saya rasa . Saya kesal dengan tindakkan awak . Saya kesal menemukan awak dengan si lelaki . Sungguh saya kesal . Saya sedih bila awak mula ketepikan saya . Bila ? awak tanya saya bila , kenapa saya tak tahu akan kewujudan lelaki dalam tweetcon awak tu ? Kenapa ? Saya sedih .

Bukan saya tak nak tolong awak . Tapi , awak yang mencipta segala kekusutan , jadi awak yang harus meleraikannya sendiri . Saya tak mampu . Dan saya tak mahu campur tangan lagi . Ingatlah kembali semua nasihat saya dahulu . Gunakanlah segala nasihat yang ada untuk memperbaiki keadaan . Dalam keadaan ini , awak harus mengalah . Jangan pernah membangga diri . Tuhan itu maha Adil . Ingat pesan saya , "What goes around comes around" .

Saya cuma nak awak sedar . Memohon maaf adalah kunci untuk segalanya . Saya tak sebelahkan mana mana pihak . Cuma , ini apa yang saya perhatikan . Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment