Aku bukanlah seorang murid yang terror gila bila study . Tak . Aku tak pernah obtain sampai straight A's untuk seumur hidup aku . Tak pernah langsung . Upsr , aku sempat obtain 4A1B , PMR masyaAllah lagi lah teruk , aku cuma dapat 3A4B1C . Teruk . Mathematics pulak tu C , masa tu aku rasa macam , tak ada harapan untuk aku study pure science . Tapi Alhamdulillah setelah survived for about 7 months dalam account class , aku dapat tukar pure science . Tapi sekali lagi , Ya Allah dugaan datang . Aku terpaksa cover 7 chapters of biology on my own !!!!!!!! aku tak pernah mengerti apa itu bio logos tetiba aku nak kena kaji sendiri pasal golgi apparatus , pasal mitochondrion , anaerobic , isotonic , lipase , protease segala macam aku kena cover sendiri . Bukan setakat kena study semua sendiri malah aku jugak terpaksa berjuang bermati matian untuk bagus dalam subject lain , sebab duduk pure science . (Malu kalau nama dalam list tingkatan bawah sekali....)
Tapi , aku bukan lah seorang yang kuat belajar . Aku lah pelajar yang suka sangat buat kerja last minute . Aku dah lama dah tau benda tu tak bagus , tapi aku insist jugak untuk buat . Like , thats me. Padahal kerja last minute la yang boleh buak aku tersungkur pastu gagal end up satu disease dalam buku teks pun tak ingat . Aku terlalu obses dengan internet . Kau tau jelah internet banyak benda weh boleh jumpa . Walaupun ibu aku bebel la macam mana bising sekali pun , aku macam buat dek je , asalkan internet aku ada . pastu aku pun tweet la "ibu marah blablabla" . Aku lebih pentingkan internet dari hati ibu. Sampai hati aku buat kat ibu macamtu ?
Daripada kecik memang family nampak aku seorang budak yang cerdik . Aku bijak . Ya aku mengaku aku seorang yang bijak. Tapi bila aku makin besar aku makin bongkak . Aku kurang tumpuan belajar sebab aku rasa aku dah pandai . Dan sekarang , mathematics aku selalu gagal. Itu belum addmaths lagi :/ Aku malu bila adik adik sepupu aku terlalu sanjung tinggi aku (kekna diorang) sampai ada yang nak jadi cerdik macam aku . Akau rasa sedih sangat . Aku perlekehkan impian diorang . Siti , Seri , Sarah , semua nak jadi DR macam aku . Maafkan kekna sayang :')
Bila aku fikir fikir balik aku memang sedih . Selama ni aku faham apa je belajar hempas pulas dua tahun ? Tak takut ke tak dapat sambung belajar ? Tak risau ke masa depan hancur ? Mana hilangnya impian aku untuk pursue study kat oversea untuk medic ? Mana semua tu ?
aku yang berskrit coklat . Doakan kami semua .
Aku akan berusaha untuk masuk matrix dan study hard kat sana nanti . Aku takkan main main lagi . Kejayaan aku harini menentukan siapa aku pada 10 tahun akan datang . Apa yang akan aku jawab pada isnin nanti akan lahirkan satu keputusan untuk hidup aku untuk masa akan datang .
Semoga kejayaan dalam SPM tahun ini milik aku . Walaupun kejayaan itu tidaklah dalam berbentuk straight A's , namun 5A keatas sudah mampu membuat aku bahagia. Terlalu bahagia .
Doakan keselamatan , kejayaan aku semua . Semoga perjuangan aku start 5November ni tidak menjadi sia sia . Akhir kata , jaga diri . Kepada mereka yang seusia dengan aku , semoga berjaya kalian ! Untuk mereka yang aku berhutang MAAF , aku mintak maaf diatas segalanya . Maaf kan aku .
Salam sayang ,
Nurain Adam .
No comments:
Post a Comment