Kalau nak dibahagi darab letak power of semua aku belum dapat lagi teka berapa harga persahabatan . Walaupun iPhone keluar sampai iPhone20 pun aku belum dapat congak berapa harga persahabatan . Namun seorang pakcik yang tua dan uzur mampu mengungkap dua perkataan tentang nilai persahabatan . Hanya dua . Ya , dua .
Pak cik : Terlalu Bernilai nak ....
Ya , terlalu bernilai . Dan oleh kerana itulah aku lebih rela menangisi persahabatan daripada menangisi hubungan cinta yang retak dipertengahan jalan . Walaupun sedih putus cinta , sedih hilang kawan lebih dala lukanya . Bukan aku tak sayang , kerana aku sayang aku menegur . Bukan aku tak rindu , kerana rindu , ku compose tweet untuk mu .Kau pernah menjadi sesuatau yang berharga dalam hidup aku . Kau menghadiakan aku 3 pasang tudung dengan harapan semoga aku menutup auratku seperti mu . Dan aku tahu , kau mahu aku mentaati perintah Tuhanku , iaitu Allah yang satu .
Kau tahu , sehingga kini , tudung kau masih lagi aku pakai untuk menutup aurat kepala ku . Masih lagi ku cuci dengan wangian . Masih lagi ku jaga rapat labucinya . Dengan harapan , semoga setiap kali aku menutup auratku Allah swt mengurniakan kebaikan berlipat ganda padamu .
Sedarlah wahai sahabat , tiada niat untuk aku membenci . Tiada langsung . Kerana aku terlalu menyayangimu aku tegur kelakuanmu . Belum tentu nanti dialam universiti rakan rakan baru mu akan menerima sikap kuat rajukmu . Dan belum tentu mereka tabah memujukmu seperti ku . Yakinlah bahawa aku selalu mendoakan yang terbaik untuk mu .
Semoga kau cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia mu . Aku disini hanya mendoakan mu . Semoga kau bahagia selalu NS .
Salam sayang ,
Nurain Adam .
No comments:
Post a Comment