Bercerita soal prejudice . Baru-baru ni si dia temui panggilan baru iaitu "KAU & AKU" . Ya , aku rasa dia kurang ajar sangat dengan aku sebab panggil aku macamtu . Tak hormat perhubungan kita ke ? Ewah . Kau jangan ingat itu jer okay yang ada dalam kepala otak aku . Banyak sangat yang lain yang sedih pilu senduuuuuuuuuuuuuu . Aku siap tanya lagi dengan diri aku "apakah hubungan ini bakal brtahan lagi 2 hari ?" tapi aku sentiasa gelar diri aku "bodoh" bila 2 hari tu sampai sebab kitorang dah guna "Kau&aku" untuk dua bulan . Tak break pun aku je yang sedih pilu .
Kebolehan angin cemburu buta aku sangat sangat diluar jangkaan . Tahap kepala angin aku kalah angin lintang . Setakat nak tengking pe'el dia depan orang apa ada hal ? Singa pun tak lut nak lawan aku . Nak gedik gedik ni see the leg please . Bulu kaki pun aku tak cukur .
Dia jarang nak perkenalkan aku as "she's my girlfriend " " she's my girl" "she's my only one" selalunya dia akan cakap "cousin aku" . Mula mula ye , aku admit , guna common sense la , siapa yang tak bengkak hati kan ? Aku pun macam tu . Tapi aku pelik , bila kami keluar berdua , ala ala dating gituw , perwatakkan dia berbeza , manja mengada , sayang aku macam baru couple 3 bulan pertama hahahahah ya , aku pelik . Sangat pelik .
Tapi betul kata kokping (Fynn Jamal)
Buat apa dicerita bahagia kita rasa?
Dan buat apa jugak kita tunjuk kelemahan hubungan kita ?
Aku serba salah kadang-kadang sebab aku rasa macam aku banyak kekurangan . Kalau berdiri sebelah dia dah macam taik cicak . Nak dibanding dengan awek kawan-kawan dia , aku di skala ke 11 . Aku macam tak ada apa-apa tapi dia tetap berdiri megah dengan aku . Tunjuk aku satu persatu sayang dia . Aku selalu marah-marah dia sampai dia pernah terasa hati . Aku macam buat tak hairan je bila dia tegur aku . Tapi masih , aku dihatinya . Aku sentiasa act 'I dont care' bila aku bahasakan kawan kawan dia walhal aku sedar dia tak suka dan dia malu dengan kawan kawan dia , dan aku masih kata dia lebih kan kawan kawan dia daripada aku . Baran yang aku tak boleh tahan sampai dengan takde insurannya aku tengking dia depan kawan-kawan dia , berubah air muka dia . Tapi aku ?
Muka kosong lagi . Kau nak cakap apa ?
Aku mungkin lambat dua tahun . Tapi tadi aku saja saja korek korek youtube . Dengar lagu kokping , Arjuna Beta , tiba-tiba aku terdengar lagu 150 Juta . Aku dengar jugak versi Ainan Tasneem tapi tak sampai feel dia maca kokping nyanyi . Menarik . Lagu ni cerita pasal aku .
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
Tiba-tiba aku rasa dihargai . Air mata macam nak menitis tup tup kat pipi tapi aku malu sebab adik aku dengan sedara ada dekat sebelah aku . Mana nak letak muka aku ?
Ada jugak lagu yang menghargai perempuan dawai besi macam aku yang ada lelaki manis macam si dia ? Ada juga yang sebenarnya mampu ungkap perasaan sidia untuk saya . Terjawab semuanya . Aku bahagia . Ya , terlalu bahagia .
Aku takkan ubah siapa diri aku . Sebab ?
Itu kelebihan aku dimata dia . Aku yang dia sayang . Aku yang comel walaupun dawai besi , keras hati . Aku yang dia panggil "sayang" bila kami berdua . Aku yang nangis tengok My girlfriend is a Gumiho . Aku yang baran bila bergaduh lelaki ke perempuan aku tak kisah janji aku puas sembur diorang dengan kata kata aku . Aku yang di gelar kekasih padanya .
Ya , Aku sedar , buat apa dicerita bahagia kita rasa . Biar tak dipercaya , peduli orang kata .
Ya , aku dan kau manja bila berdua .
Dan Ya , itu kekal sebagai rahsia kita berdua .
Ainaa, mcm same jee kite dua nih. hahaha :3
ReplyDelete