Wednesday, May 15, 2013

Konfusi

Assalamualaikum .

Aku sedang cuba mempraktikan salam daripada hello hi hey heyya uh acah acah cool meon . Dan aku jugak lebih selesa menggelarkan diri aku sebagai "aku" dalam penulisan memandangkan aku sedar yang diri ni tak se hot dulu untuk bersaya saya . cewah .

Aku sebenarnya dalam proses buntu lagi tak tahu nak pergi ipta atau ipts . Disaat saat masa dah suntuk kaw kaw giler wa cakap lu , ramai yang inbox aku dan cakap kat aku "jangan pergi ipts" Demmm . Kenapa sekarang ? Disaat aku dah cuba nak tujukan kemana arah masa depan aku , masa tu lah talian hayat sampai . Astaghfirullah . Aku betul betul buntu dan sampai sekarang (walaupun tarikh pendaftaran 20hb MAY) aku masih lagi 50/50 . Aku takut sangat tersilap langkah nanti kalau masuk jerat aku yang mati terjelir lidah nauzubillah aku taknak tersadung di tangga masa depan .

Aim aku nak jadi Dr Aina tapi jauh menyimpang aku aku dapat setakat ni lebih kepada pendidikan . Ya , menjadi Cikgu Aina . Tapi aku tak boleh pakai lab coat putih yang ini memang aku sedih ya Allah dapat jadi Bidan kat sepital pun aku bersyukur sangat sebenarnya . Tapi itu semua mimpi dan ini semua ?

POYO .

Keputusan muktamad masih belum lagi dimuktamadkan . Aku masih mempunyai pelampung. Cuma sekarang ni , aku perlukan pandangan kau orang yang cerdik pandai , tolong bagitau kat aku , IPTA atau IPTS ?

Soalan : IPTA ATAU IPTS ? sila sertakan dengan alasan/sokongan yang logic .

Terima kasih daun keladi .

Boleh respon to my Facebook : /www.facebook.com/ainshmslzn
Or you can email it at nuraina.aisyah@hotmail.com 

Do answer me .

I need your help .

No comments:

Post a Comment