Sunday, July 14, 2013

Luaskan Kuasa Cintamu (Bab 1)

                    
                           

Puan Nora tersenyum sambil menggelengkan kepalanya . Bilik anakdaranya dipandang terus . Dah besar pun masih nak umi gerakkan ke ? Hati Puan Nora terdetik sendiri . Langkah kaki deras menuju ke bilik anaknya. Perlahan-lahan pintu kayu serba putih itu ditolak . Berkunci . Aneh , setahu Puan Nora , anaknya yang satu ini jarang mengunci pintu biliknya . 

"Farah Ilyana , bangun! Dah subuh ni ... Malu lah Farah , dah besar pun umi nak kena tempik pagi pagi , susah lah umi macam ni Farah!" Laung Puan Nora .

" tak payah di kejut anak dara awak tu Nora , bukannya dia dengar . Jam hendpon dia tu sendiri dah beratus kali bunyi! Biarkan dia tidur , tunggu lah sampai waktunya dia rasa dah tidur lama , menjerit lah dia" tiba tiba Encik Farid bersuara . Puan Nora memuncungkan bibirnya .

" hah! Yang awak tu kenapa sayang oi? Dah rupa itik saya tengok nya! Nasib baik tak rupa todak!" Encik Farid menyergah isterinya . Puan Nora menjeling . 

"Allah sayang! Jangan la jeling macam tu ! Tergoda abang! " Encik Farid mengusik .

"Eeeee abang ni malas saya nak layan la lebih baik saya turun buat sarapan" Kata Puan Nora sambil berlalu . Suaminya itu bukan boleh dilayan , makin tua makin menjadi! Mentang mentanglah Farah Ilyana Farid itu anak kesayangannya . 

" orang tua kat luar tu takde kerja lain agaknya nak bermanja depan pintu bilik aku?" Farah bermonolog sendiri . Usai solat subuh , dia terus berzikir sehinggalah dia terdengar perbualan di antara umi dan ayahnya . Diorang ingat aku ni teruk sangat ke selalu gila nak bangun lambat? Hailahhhhh orang orang tua kesayangan . 

Farah membuka langsir biliknya . Segar udara pagi menerpa masuk ke kamar . Bilik yang lengkap dengan perabot putih dan diwarnai dengan kaler kaler pastel menunjukkan bahawa dia seorang gadis yang lemah lembut . Hakikatnya , itu hanya gambaran . Hanya gambaran . Suaranya nyaring , sering bergelak ketawa . Ada masanya , bersikap sedikit kurang sopan kerana sering menggunakan bahasa yang kasar dan tidak menjaga pergaulannya seperti kakak-kakaknya yang lain . Namun begitu , riak wajah yang sentiasa tenang menyebabkan dia sering menjadi perhatian lelaki lelaki yang bekerja di bawah satu bumbung dengannya. 

Setelah bersiap , Farah terus turun ke bawah untuk bersarapan . Hari ini , hari pertama beliau mula bekerja di bawah ketua yang baru , sedikit sebanyak dia berasa tidak selesa . 

"Selamat pagi umi ayah!" Sapa Farah pada umi dan ayahnya . Mereka menyambut sapaan Farah dengan senyuman yang tidak lekang di bibir . Semenjak Farah bertudung , dia kelihatan semakin manis walaupun kadangkala sikapnya masih diluar jangkaan . 

"Kamu serius ke nak teruskan hubungan dengan dia ?" Encik Farid bertanya kepada Farah . Farah tersenyum melihat keletah ibu bapanya . 

"Ayah , percayalah cakap Farah , tak semestinya kita kena berkahwin dengan orang yang kerjanya bagus , yang ijazahnya bergantung di dinding . Yang punya segala kemewahan . Bukan . Mungkin rezeki umi jumpa ayah yang ada pelajaran , mampu lilit umi dengan kemewahan walaupun Farah tau umi tak Mintak semua tu . Macam Farah jugak , Farah cuma nak buktikan walaupun kami dua dua kerja biasa , dan pangkat dia sedikit lebih dari Farah tapi kami mampu bina keluarga ayah ... " Jawapan yang diberikan Farah mengundang jatuhnya mutiara mutiara kecil dari tubir mata Puan Nora .

"Umi izinkan Farah dengan Akram bersama , pesan dengan dia , hantar wakil keluarga bila dah bersedia ya?" Puan Nora berpesan kepada anaknya sambil mengesat air matanya dengan hujung jari . Untuk pertama kalinya dalam sejarah keluarga mereka , Farah Ilyana binti Asraf Farid membuat keputusan dengan penuh logik akal dan waras . 

"Ayah pun yakin dengan kata kata kamu ni , so like what umi have told you , suruh famili dia datang merisik , nak cepat , bertunang terus . Takde banyak sangat nak habis duit. Balik kerja nanti kita bincang lagi ." Pesan Encik Farid kepada Farah sebelum Farah hilang bersama Suzuki Swiftnya . 

" Akam , saya dah bincang dengan umi dengan ayah tadi . Diorang izinkan , mak dengan abah macam mana ?" Farah bertanya kepada Akram di tempat parkir kereta staff .

" mak dengan abah dah siap pilih nama cucu dah!!" Akram menjawab sambil ketawa melihat reaksi gadis kesayangannya . 

"Eeeee main main suka macam ni tau ! Tapi awak , awak tak kisah ke kahwin dengan saya awak? Saya ni muda , mentah..."

"Tapi masih bergetah , tidak melatah , tak mudah marah , senyuman buat saya parah , tak tidur malam siapa yang salah?" Belum sempat Farah menghabiskan ayatnya Akram telah menyampuk . Farah ketawa riang sambil menahan malu . 

"Dah la tak nak cakap dah dengan akam , merajuk." 

" mana boleh akam akam lagi dah...." 

"Kenapa pulak? Habis nak panggil apa?"

"Panggil la baby!!!! Kita kan nak kahwin dah!" 

" baby taik kucing awak baby tak kuasa saya nak layan awak !" 

Akram dan Farah berjalan seiringan menuju ke department mereka . Jelas bahagia terpancar di wajah mereka . Al maklumlah , bakal raja sehari . 

Namun , dalam dunia ni pasti ada antagonis yang sering berapi mencari waktu yang sesuai untuk melancarkan bisanya . Ada mata yang semakin mengecil melihat telatah mereka , dan ada hati yang sedang berperang dengan minda waras sendiri ! Benci .








































No comments:

Post a Comment