Banyak soalan , hi Assalamualaikum.
Nothing much sebenarnya nak cakap kalau mata kuyu atau bahasa budak budak bebas sekarang , stim. Ye , aku sangat mengantuk . Tapi tahan mata sebab penakot nak tido Rumah takde orang kalau kecemasan aku terperangkap. Tu alasan logic , alasan tak de akal adalah gara-gara insidious . Entah siapa je yang gila hidup dengan horror idea macam tu . Sedih!
Lately ni , I've been sabar too much . Sabar itu indah , ya aku sangat percaya . Sabar itu ibarat pelangi yang muncul selepas hujan . Sabar tu kunci kepada seorang mukmin. Tapi ada masa, aku tewas gak aa. Aku macam sesat , aku asyik mengeluh dan aku perasan yang aku mula panas baran . Kepada yang pernah kenal aku , diorang mungkin perasan (atau mungkin tak sebab masing masing syok sendiri) yang aku ni dah tak sehot dulu . Yew , kak ton dan sejuk chuolls. No hot enimor. So aku suka tolak tepi benda yang boleh tunjukkan kebodohan dan kehodohan aku tanpa had ni. Kau please la ingat marah tu cantik ke ? Tak kahwin lew jawabnya kalau gitu je pe'el. Kan? Mak mentua sekarang demand , ko perangai bia baik sikit.
Aku dicabar dengan status status berbau provokasi dan penipuan hahahahahahah gila la ayat aku cam publisiti mewah je , lol . Ye , aku difitnah , aku assumed as difitnah ye , sebab aku tak pernah keluarkan apa apa kenyataan semasa aku tolong dia , atau dia ada kat rumah aku. Sedih , aku try untuk taknak bagi apa apa statement pasal case ni , sebab pada aku libatkan keluarga kot. And , ibu paling cepat bertindak , dia tak kasi aku tulis walhal cakap pasal ni kat publisiti dan sentiasa monitor pergerakan status Facebook aku, Well done !! Sini aku nak kongsi kan tipis untuk korang yang mungkin berhadapan dengan situasi Dimana korang kind of tak boleh back up diri sendiri . Aku takde la pro sangat tapi , you know its a tips . Handle your haters , very gently!
1. Kalau dia update status , jangan bantai kat status balik . Ini menampakkan kau sangat bodoh . Sama je macam dia , cetek akal . Kalau benda peribadi , cukup dia je buka aib (kalau betul) , kalau tak betul jadi fitnah . Biar la dosa dia bertimbun , ko , duk relaks dan bersangka baiklah.
2. Agak dah lebih , try untuk updates status Facebook kau dengan pelbagai inspirational quotes supaya sipolan tersebut berasa motivated . Mana la tau dia jiwa kacau kan , so dalam kau cuba nak selesaikan problem , kau settle kan masalah jiwa dia dulu . Susah nak cakap dengan orang ada masalah jiwa weh! Percayalah~~~~~~
3. Kenal pasti punca masalah . Ni makan masa sikit , tapi , kalau dia tak cite kat ko , pasti satu hari akan ada orang datang kat ko pastu pas punca masalah kat ko . Selalunya , orang tengah ni boleh dipercayai dan dia bocor rahsia sebab fikir ukhuwah. Bukan populariti. Contoh macam , roomate?
4. Elak bagi statement berbaur maki hamun. Ini sangat dielakkan . Tolong la , perkara ni cuma akan timbulkan lagi perkara yang dah sedia tegak berbangkit. Tak perlu kau nak simbah petrol atas api yang marak camtu aa. Its a NO.
5. Dan akhir sekali , dok diam diam je tengok haters ni sebab , kita boleh menang dengan 10 orang bijak tapi kita pasti akan kalah dengan 1 orang bodoh . Because? Then cakap benda benda yang diluar jangkaan kewarasan , bila mana kau rasa nak lempang je muka dia bila dia cakap. Kau taknak layan orang bodoh kan ? So diam je. Maaf kan segala kesalahan yang dia buat , semua penulisan yang dia buat . Tak rugi tau kau baik hati dengan orang , kau maafkan dosa orang. Murni la semua tu :)
Aku rasa tu je yang aku boleh kongsi setakat ni . Yela , nak cerita lebih pun tak boleh sebab aku ada jugak mengeluhnya . But at least ive tried and been there . Semoga apa aku kongsi kali ni dapat buat korang matang sikit ok ? Sikit sikit , lama lama matang la kan ? Kau takkan dari meniarap terus berlari . Heran jugak weh kalau macamtu lol. So , cuba lah ye . Paling penting , ingat Allah! Semua jadi , untuk kau kuat dan sihat! Bersih rohani dan jasmani!
No comments:
Post a Comment