Gila dah lama tak update blog . Macam sunyi je macam sunyi je hahaha this is the biggest phenomena ladies and gentlemen. Dah lama tak ada idea yang betul betul fit in dengan apa yang aku nak tulis . Faktor usia kah? Atau faktor kehabisan idea yang tak dapat dibendung ? Aku betul betul rasa kosong kadang kadang bila baca apa aku tulis . Ini part paling sedih seorang blogger .
Bersara boleh ?
Bulan November atau hujung hujung tahun ni memang musim putus cinta ke ? Musim berhenti mengawan ? Atau musim semuanya mencari yang lebih baik ? Putus cinta , kehilangan tu semua memang sedih . Siapa kata tak sedih . Tapi , semua bergantung pada diri kita sendiri cemana kita nak over come kesedihan kita . And cuba fikir , berapa lama nak tanggung sedih tu while in fact we deserve someone who is better . Think deeply . Jangan ingat apa yang aku cakap ni semata cakap kosong . I feel you , ive been there and i know how it feel. Sedih tapi bunuh diri bukan caranya . Sedih , tapi merayu untuk dia kembali buat kau nampak macam kerdil macam bodoh je . (Nampak kasar , tapi itu hakikatnya.)
At this point , cuba fikir , bercinta/couple tu sama je macam kau baca buku . And perpisahan/break off tu sama je macam penghujung cerita . Untuk pergi balik merayu rayu pada dia supaya get back tu tak nampak macam sama je ke ulang balik baca buku yang kau orang dah tau apa penghujung dia ? Tak rasa macam "buat apa aku nak buang masa aku untuk kekecewaan kali kedua?" . Kat mana maruah kita bila orang tinggalkan/dumped us macam tu je ? Dah la buang camtu je , lepas tu kita pulak dengan mata bengkak , dengan tangis yang berlagu lagu tu pergi la merayu kat dia suruh terima kita balik , sama je macam biar maruah pijak dua kali berturut turut . Sama je .
"Saya tak rasa kita serasi ... Kita putus la..." (Ucapan selepas 2 tahun couple)
2 tahun , kau jangan nak gebang kata serasi la . Yang dah kongsi hidup sebantal sekatil sepinggan 14 tahun pun bila nak bercerai boleh ulang ayat break engko tu . Apatah lagi 2 tahun ? Aku bukan cakap sebab nak patahkan lagi hati yang dah sedia patah seribu tu . Tak , aku cuma nak korang fikir . Fikir betul betul tentang benda ni . Ini soal hati , yang dipupuk tu sayang . Yang meninggalkan korang tu orang yang tak hargai sayang korang tu .
So , kenapa mesti nak sedih ?
Cari jalan untuk lupakan dia . Lupakan tak semestinya sampai ZERO. Cukup sekadar kau tak nangis malam malam , tak stalk semua social networking dia , tak dengar semua lagu tema percintaan korang , dan buang semua gambar korang berdua . Tahap paling berjaya apabila korang boleh borak dengan ex korang tanpa perasaan rindu . Excellent sangat !
Tips untuk lupakan ex :
1. Tolong jangan stalk social networking dia .
- tak kisah lah apa sekalipun alasan korang . Try untuk jangan stalk . Setiap kali nak tap on his/her punya page ke apa ke , cakap dengan diri sendiri , "tak perlu tengok kot . Kudis." Anggap la dia tak penting anggap la dia tu dah tinggalkan kudis dalam hidup kau . Anggap la dia dah buat taik kat kau .
2. Habiskan masa dengan orang yang kau sayang.
- tapi tak termasuk dengan ex ye kakak dan abang ? Orang yang kau sayang dan orang yang sayang kau . Dia dah buang kau , so apa kena mengena dengan kau nak habiskan masa dengan dia ? At this moment kau akan sedar betapa famili/kawan kawan sebenarnya adalah dunia kau yang sebenar . Masa nilah kau akan sedar yang "OH WORLD I AM NOT ALONE !!" Sebab , kasih sayang keluarga , stay with you forever . Kawan kawan , ups and downs sentiasa ada kot walaupun masa kau bercinta , kawan , kau anggap macam halimunan je . (Ops)
3. Ingat , ini Qada' & Qadar Allah.
- if it's not meant for you then it will forever not gonna be with you. Allah swt is the Greatest Planner . Bear in mind that , He will always replace the one you'd lose with something better in future . The lose of someone which you love the most is likely grow you to be stronger . Kenapa mesti nangis sedangkan Allah nak kasi kita kuat , bukan Allah sengaja nak tengok kita lemah nangis nangis . Allah akan gantikan kita dengan seseorang yang lebih baik di masa akan datang . Sometimes , kena fikir tau , cinta yang korang sulam tu buat korang dekat dengan Allah atau jauh ? Kalau jauh maka bersyukurlah Allah tarik korang dekat semula dengan Dia . Bangun la , tak yah nak sedih sangat .
4. Jangan rush nak cari pengganti.
- ini paling parah . Parah gila . Ko ni kadang kadang bangang jugak kalau baru sebulan break dah terhegeh hegeh cari orang baru ya Allah semata mata nak tunjuk yang kau laku . Hey hello , kenapa tak enjoy je single time tu ? At this time ko boleh flirt dengan siapa siapa je , kenapa nak jugak kena ikat ? Pastu kenal tak lama pastu break sebab sipolan tu cakap ,
"Saya rasa kita tak serasi ... Kita putus...."
Gila part ni aku kalau tengok aku gelak kaw kaw boleh ? Sekian , sila la ulang balik step tips lupakan ex yang aku dah tulis kat atas tadi .
Tak perlu nak susahkan diri kau sebab sedih lama lama . Setiap break off pasti akan sakit . Up to you nak over come cepat atau lambat okay ? Cuma fikir , sampai bila nak sedih sedih ? Sampai bila nak living the dark life ?
Fikir lah . Up to you , sebagai seorang yang ada perikemanusiaan , aku dah jalankan tanggungjawab sosial aku untuk tolong korang semua keluar dari sad zone korang.
Dan mungkin aku rasa , orang yang nak putuskan hubungan boleh guna cara yang lebih jujur berbanding cara cover line ni macam ,
"Awak , saya sebenarnya memang dah ada orang lain so kita putus la sebab saya nak couple dengan dia"
Well at least kan , ko boleh bagi penampo dan senang sikit nak lupakan dia . Takde la ko susah susah fikir kat mana salahnya hubungan korang . Betul tak ?
No comments:
Post a Comment