Saturday, November 23, 2013

"Sejauh mana hijrah ko dah sampai?"

Assalamualaikum ! Ko jangan kira betapa syok sendiri nya aku tulis blog . Blog aku , eh Lantak la takde orang baca pun kan ? Hehehe .

"Sejauh mana ko dah hijrah?"

Lebih jauh dari London .
lebih jauh dari Brazil .

Kenapa ?
Sebab ko ingat senang nak hijrah ? 
Imagine diri ko sendiri , bertahun dah duduk kat Malaysia , tiba-tiba kena pindah pergi Uzbeskistan. Tempat yang ko tak tau local dia bangsa apa , mother language diorang apa , tulisan diorang cemana . Imagine la , apa rasa ? Mesti Susah kan ? Mesti macam yaAllah-kenapa-kistan-kenapa-tak-London? Kan? Mesti ko rasa macam nak cakap kat mak bapak engko , ko rela duduk Mesia yang indah ni sorang2 kan Lepastu hangin je bila mak pak cakap "JANGAN BUAT PERANGAI MENGADA NGADA KO TU" 
Sama la macam hijrah aku .
Ko ingat senang nak pakai tudung hari panas panas ?
Ko ingat senang aku nak patuh time solat ? Apa lagi subuh yang sejuk tu?
Ko ingat senang aku nak paksa diri bukak Quran setiap hari ? 
Ko ingat senang aku nak jaga percakapan aku? 
Ko ingat senang aku nak pilih baju supaya boleh jaga aurat aku? 
Ko ingat senang ke ?

                       


Nak pakai tudung panas-panas sangat liat . Weh sangat liat . Kadang memang aku rasa macam ish nak bukak la lagi lagi bila aku tengok instagram(ni pengaruh besar I tell you) pastu weh cam cantik je diorang punya hairstyle , haaaa tapi aku gagahkan jugak diri ni pakai!! Lantak la senget benget pun janji thortup aurat . Time solat , 5 Kali sehari . Kan ? Ada je time aku terpaksa solat asar dan Zohor sekali sbb waktu Zohor aku tido kaw kaw . Itu pun asar pukul 6.30 . Perangai aku ni ...... Boleh tahan mintak penampar opah sebenarnya . Yela opah aku tu lain macam sikit , garang kalah cikgu besar! Kalau subuh aku terpaksa buat alarm banyak banyak kat iPad , kat phone supaya aku tak terlelap . Hehehehehe kekadang ter lepas jugak astaghfirullah. Aku ada beli Al Quran yang cantik sekali dengan tafsir dekat popular (highlight perkataan cantik) , so aku setiap Kali lepas Maghrib , nak tunggu Isyak , aku pun bukak la Quran tu , baca , dengan maksud dia . MasyaAllah , boleh nangis . Boleh MENANGIS. percaya lah kata kata aku yang kerdil ni , bahasa terlalu Indah. Maha Suci Allah yang menjadi kan segalanya. Percakapan ni Susah sikit , ye la , aku kan jenis mesra alam , so aku macam Susah sikit nak kawal percakapan aku semua . Susah . Ini memang mencabar! Sama je dengan bab pakaian . Ye la , aku kan jenisnya suka pakai baju size kecik , so bila dah bertukar ni aku banyak la kumpul baju besar besar dan buang baju yang kecik . Atau bagi kat diorang yang MUAT . MUAT ok ? kalau aku tengok cam tak tu , aku buang je . Takyah la pakai camtu ok ? Sia-sia je . 

Banyak benda yang aku belum buat lagi . Serious panjang lagi list aku . Tapi Alhamdulillah , diberi kekuatan tutup aurat semua ni buat aku sedar , Allah masih mengingati aku , bagi aku kesempatan untuk hidup ke jalan Allah . Beri aku Peluang untuk hayati nikmat Islam , IMAN dan AMAL. 

Walau mcmana pun , aku bangga dengan diri sendiri , walau sukar , aku Teruskan . Semoga Allah tak tarik balik hidayah aku , semoga Allah terus kuatkan hati aku . Aku tak pernah pergi mana mana kovensyen Islam , so tahun ni aku Alhamdulillah (satu daripada wishlist hijrah aku) pergi ke Twins Of Faith 2013 . Semoga aku dapat pelbagai iktibar daripada semua yang di bahaskan kat sana nanti , insyaAllah , dengan izin Allah . 

Sebab tu aku cakap lebih jauh dari Brazil , London . Sebab aku kenal diri aku siapa . Aku kenal diri aku yang malas , liat ,degil ni . Aku kenal sangat. Aku harap , siapa yang baru bertatih macam aku supaya kita sama sama kuatkan semangat . InsyaAllah kita semua dibawah pengawasan Allah swt . Doa aku untuk korang semua , Barakah! :') 

Yang kerdil ,
Nur Aina.

No comments:

Post a Comment